Thursday, February 26, 2009

Anwar Ibrahim, US-Islamic World Forum, Doha, Qatar

Anwar Ibrahim US-Islamic World Forum, Doha, Qatar pada 14 Februari 2009, anjuran The Brookings Institution dan Saban Center for Middle East Policy.

Carlos E. PASCUAL (moderator) — Naib Presiden dan Pengarah, Foreign Policy Studies, The Brookings Institution, United States


Madeline Albright(ahli panel), seorang Yahudi, bekas Setiausaha Negara Amerika. Sekarang menjadi penasihat Hillary Clinton (Setiausaha Negara Amerika) dan dia merupakan Pengerusi NDI (the National Democratic Institute for International Affairs), Pengerusi the Pew Global Attitudes Project, dan Presiden the Truman Scholarship Foundation serta memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah the Aspen Institute.


Anwar Ibrahim (ahli panel). Dia adalah Penasihat Antarabangsa The Brookings Institution, pensyarah pelawat John Hopkin dan Georgetown University, Ahli Jemputan CFR (Council on Foreign Relations, Ketua de facto PKR dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia


Barham Salih (ahli panel) adalah ahli politik Kurdish yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri Iraq selepas Iraq diserang oleh Amerika Syarikat. Bermakna dia merupakan Timbalan Perdana Menteri Iraq yang dilantik oleh Amerika Syarikat. Dia juga pernah berkhidmat sebagai jurucakap the Patriotic Union of Kurdistan (PUK) di Washington


David Petraeus (ahli panel) adalah Komander Jeneral Amerika ke Iraq (2007-2008). Dia juga terlibat dalam serangan Amerika ke atas Iraq yang telah mengorbankan ribuan umat Islam sehingga Amerika berjaya menubuhkan kerajaan boneka di negara itu.


Kesemua ahli panel US-Islamic World Forum, Doha, Qatar untuk sesi hari pertama, 14 Feb. 2009


Kesemua ahli panel US-Islamic World Forum, Doha, Qatar untuk sesi hari pertama, 14 Feb. 2009

Madeline Albright, Anwar Ibrahim dan David Petraeus


Madeline Albright dan Barham Salih


Anwar Ibrahim dan David Petraeus


Hanya Barham Salih yang faham Bahasa Arab, ahli panel lain terpaksa mengguna alat penterjemah

Sebahagian peserta Forum US-Islamic World Forum, Doha, Qatar



Sebahagian peserta Forum US-Islamic World Forum, Doha, Qatar



Madeline Albright dan David Petraeus



Latar belakang penaja

The Brooking Intitution

Sebuah badan pemikir Amerika yang diasaskan oleh Robert Brookings. Presiden institut itu sekarang ini adalah Strobe Talbott , bekas Timbalan Setiausaha Negara semasa pemerintahan Presiden Bill Clinton.

Penaja utama institut ini adalah beberapa yayasan kewangan Yahudi yang terkemuka di Amerika iaitu John M. Olin Foundation, F. M. Kirby Foundation,Walton Family Foundation dan Smith Richardson Foundation. Klik di sini

Kemudian pada tahun 2002, seorang korporat Yahudi terkemuka di Amerika telah menyuntik wang sebanyak $13 million kepada Brookings Institution untuk menjalankan penyelidikan khusus di Timur Tengah yang dinamakan the Saban Center for Middle East Policy.


The Saban Center for Middle East Policy

Sebuah badan penyelidikan The Brooking Institution yang ditaja oleh tokoh korporat media Israel yang menetap di Amerika bernama Haim Saban

Pengarah Saban Center bernama Martin Indyk adalah bekas pentadbir kerajaan Amerika semasa Presiden Clinton (Demokrat) yang pro- Israel. Dia juga berbangsa Yahudi yang pernah terlibat aktif dalam AIPAC (The American Israel Public Affairs Committee) .


Tentatif penuh program klik di sini

Senarai peserta yang hadir klik di sini



Lihat selanjutnya...