Saturday, March 7, 2009

Anwar Ibrahim Muslim Moderat 2005

Anwar Ibrahim dianugerah Muslim Moderat oleh CSID (The Center for the Study of Islam & Democracy), 2005 berpengkalan di Amerika Syarikat pada 2 Mac 2006.

Anwar Ibrahim menerima gelaran "Muslim Moderat of The Year Award 2005" daripada CSID, di Amerika Syarikat. Dari kiri Antony Sullivan, (Naib Pengerusi CSID), Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Pengerusi CSID). Semasa Anwar menerima anugerah ini turut disaksikan oleh Andrew S. Natsios (USAID), Lorne Craner (IRI) dan Carl Gershman (NED). CSID sebuah organisasi berpengakalan di Washington DC yang ditaja oleh agensi Amerika Syarikat yang bermotifkan demokrasi iaitu USAID, NED, IRI dan NDI


Dari kiri Dr. Radwan Masmoudi (Presiden CSID), Carl Gershman (Presiden National Endowment for Democracy-NED, berbangsa Yahudi) dan Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim yang dianugerahi Muslim Moderate 2005 sedang menerangkan kaedah-kaedah terbaik untuk menyebarkan fahaman Islam dan Demokrasi di Timur Tengah dalam Siri Syarahan Bulanan CSID di Washington DC pada 2 Mac 2006. Tajuk syarahan Anwar adalah "Democracy in the Muslim World - Priorities and Strategies"


Selain Carl Gershman yang berbangsa Yahudi mendengar ceramah Anwar, pemikir-pemikir Amerika lain turut sama mendengar strategi-strategi yang telah dikemukakan untuk 'menawan' Timur Tengah itu. Kebanyakan peserta terdiri daripada badan berpengaruh Amerika yang terlibat dengan projek Demokrasi iaitu dari USAID (United States Agency for International Development), NED (National Endowment for Democracy), NDI ( National Democratic Institute for International Affairs), IRI (International Republican Institute), RAND Corporation, Brookings Institutions dan lain-lain.

Sejarah CSID

Pengasas CSID 1999. Dari kiri John Esposito, Ali Mazrui, Radwan Masmoudi dan Jamil Fayez.

John Esposito adalah antara pengasas awal dan pencetus idea penubuhan CSID pada tahun 1999.

Pada awal penubuhan Ahli Lembaga Pengarah CSID terdiri daripada : Ali A. Mazrui(Pengerusi); John L. Esposito (Naib Pengerusi); Sana Abed-Kotob; Abdulwahab Alkebsi; Taha Jaber Alalwani (IIIT); Laila Al-Marayati; Jamal Barzanji(IIIT); Charles Butterworth; Louis Cantori; John Entelis; Muqtedar Khan; Radwan Masmoudi; Ali Memon; Fathi Osman dan Tamara Sonn.

Manakala Ahli Jawatankuasa eksekutif terdiri daripada Radwan A. Masmoudi (Pengarah Eksekutif); Ismail Obeidallah (koodinator program); Svend White(Setiausaha); Mahir Haroun (Bendahari) dan Maher Kharma (Koodinator Keahlian)


Siapa di belakang tabir CSID ?


John Esposito. Dia juga merupakan Pengarah Center for Muslim And Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown, Amerika.


Carl Gerhman, seorang Yahudi yang memegang jawatan sebagai Pengarah NED (National Endowment for Democracy). Carl dan NED merupakan penaja utama yang membiayai keseluruhan program CSID.


Lorne Craner, berbangsa Yahudi merupakan Presiden International Republican Institute (IRI),sebuah organisasi Amerika yang terlibat dalam penyebaran Demokrasi khusus melalui pilihanraya


Andrew S. Natsios, berbangsa Yahudi merupakan pentadbir USAID (United States Agency for International Development). USAID adalah salah satu cabang CIA.


CSID melahir Muslim Moderat/ Islam Liberal seluruh dunia


Ahli-ahli CSID di seluruh dunia : Asma Afsaruddin( US); Hassan Razaqi (Iran); Merve Kavakci (Turki); Amina Rasul-Bernardo (Filipina); Anara Tabyshalieva (Kyrgyzstan); Saurjan T. Yakupov (Uzbekistan); Mahmoud Rashdan (Jordan); Muhammad Al-Habash (Syria)

Di Indonesia Muslim Moderat dikenali sebagai Kumpulan Islam Liberal. Meraka yang termasuk dalam golongan ini antaranya Abdurrahman Wahid (Gus Dur), Nicholish Majdid, Musdah Mulia, Adi Sasono, Ahmad Syafii Ma'arif, Muhammad Amien Rais, Luthfi Assyaukanie, Ulil Abshar Abdalla dan ramai lagi


Siapa Pemenang Muslim Moderat ?


Abdolkarim Soroush Muslim Moderat 2003


Abdolkarim Soroush berasal dari Iran. Dia pernah mengajar di Universiti Tehran, Iran. Oleh kerana idea-idea Reformis Islam yang dibawanya bertentangan dengan kepimpinan ulama Iran, dia melarikan diri ke Amerika menjadi profesor pelawat di beberapa buah universiti iaitu Georgetown University, Harvard, Princeton, Yale dan Columbia.

Di Iran Abdolkarim Soroush dikenali sebagai "Martin Luther" kerana idea "reformasi Islam" yang memperjuangkan Demokrasi, Keadilan, Kebebasan dan Hak Asasi Manusia selaras dengan acuan Barat.

Martin Luther merupakan Reformis Kristian yang berjaya memecahkan agama Kristian kepada beberapa cabang dan salah satu hasil usahanya terbentuklah Kristian Protestan.

Pada tahun 2005, Abdolkarim Soroush dinamakan 'the world's 100 most influential people' oleh Majalah Time.


Saad Eddin Ibrahim (tengah) Muslim Moderat 2004


Foto di atas Carl Gershman (kiri), Saad Eddin Ibrahim (tengah) dan Barbara Lethem Ibrahim (kanan), isteri kepada Saad Ed din.

Saad Ed Din berasal dari Mansoura, Mesir. Dia merupakan aktivis hak asasi dan demokrasi di Mesir. Profesor sosiologi di the American University, Cairo, dan merupakan pengasas the Ibn Khaldun Center for Development Studies, Cairo dan the Arab Organization for Human Rights.

Berkahwin dengan Barbara Lethem Ibrahim, pengasas The Center for civic engagement and philanthropy, Cairo.

Dia juga merupakan Board of Advisors to The Project on Middle East Democracy. Di Mesir, dia terkenal sebagai pejuang hak asasi, demokrasi dan kebebasan agama kumpulan minoriti seperti Baha.

Pada tahun 2000, dia telah dipenjara oleh Hosni Mubarak kerana dituduh menerima wang asing dari Kesatuan Eropah untuk memantau pilihanraya Mesir. Dia dituduh mencemar imej negara kerana terlibat dengan membekalkan maklumat kepada negara asing dan dipenjara selama tujuh tahun. Dia memperjuangkan demokrasi dan bergabung tenaga dengan Kesatuan Demokrasi Antarabangsa.

Dia juga turut menerima dana-dana antarabangsa (NED, IRI, USAID) yang berkaitan dengan demokrasi terutamanya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 2006, dia menerima penghargaan dari the Ion Ratiu Democracy Lecture Prize di the Woodrow Wilson International Center for Scholars, yang sebelum ini, dia pernah menjadi pensyarah pelawat di situ.


Anwar Ibrahim Muslim Moderat 2005. Berasal dari Malaysia



No comments:

Post a Comment